Sunday 13 April 2014

Throwback Wedding Part 1

Wahh..rasa dah lama tak berblogging...Sejak kahwin ni agak bz memanjang... Sebab kerja n juga menjadi wifey...so, nk story ttg wedding, rasanya dah hampir 10 bulan lebih saya menjadi seorang isteri.  Kehidupan sebagai seorang isteri, setakat ni Alhamdulillah.. so far so good.. Alhamdulillah Allah kurniakan insan yang memahami.. So, throwback je la ttg wedding yg dah lepas...

Persiapan nak kahwin time tu memang agak kelam kabut..since i'm the first in family yg berkahwin.. jadi banyak juga la yg kekurangan. Dari segi fizikal dan mental memang sangat kuat. Semua yang nak kahwin mesti rasa stress yang sangat awesome tu. So flashback je la beberapa gambar time kahwin.

Untuk first throwback ni saya start dengan photographer.  Official photographer saya adalah dari KL iaitu



Masa first awal pilih sweetpictures ni sebab hasil seni dia memang awesome. Kalau tak percaya boleh ke facebook diaorang.  Orang kata KL n JB kan jauh. Takpe, yang penting result puas hati.  Gambar pun cantik. So tukang amik gambar ni dia....Encek Fizzy Ilham



Hahaha..sorry curik gambar dari facebook... ;p Dia sangat friendly. Dan yang bestnya, dia sangat-sangat sporting sebab bila ambil gambar tu rasa macam kawan-kawan yang jd photographer.  Dan yang pentingnya dia sangat komited dan punctual dengan kerjayanya. Merupakan seorang photographer yang sangat luas pengalamannya.  Dah macam buat artikel pula. Okeh..promote lebih..lepas ni boleh bagi komisyen yek...

Nak tengok hasil kerja dia nanti layan je gambar-gambar ye.

Untuk majlis di JB saya pilih konsep pastel kononnya.  Biasa pastel orang suka warna-warna lembut. Pink, Kelabu. Soft Chocolate dan juga Cream.  Tapi untuk tak nampak majlis tu nampak Pale sangat, jadi saya pilih campuran warna Tiffany blue dan juga Pink.  Tapi yg pastinya saya memang kemaruk dengan warna Tiffany time tu.  Warna Tiffany macam mana yea?



Tiffany blue

Sila bezakan yea warna Tiffany blue dengan turqoise. Memang lain. Kebetulan pula, logo sweetpictures warna Tiffany blue. Memang dah ngam sangat lah kan. 

Dari segi pemilihan khemah pula saya memang dah AIM nak warna tiffany blue. Tapi bukan senang nak cari sebab kat JB warna macam tu memang susah.  Jadi search punya search.. terjumpa ONZ Canopy kat internet.  First terperasan gambar seperti dibawah pada facebook mereka. Hijau Tiffany bukan Hijau Lumut. 


Terus ambil detail lokasi canopy, n then contact owner utk temujanji.  Terletak di Kangkar Tebrau. Onz canopy memang friendly. Dan canopy diaorg memang tip top dan harga sangat-sangat reasonable. Serius, tak tipu. Bila pergi tempat dia, first sekali nak cek warna dulu. Bila nak cek tu terus grab soft pink dan juga tiffany blue. Mujur ada dua-dua warna. So jadi bila setup khemah, hasilnya seperti dibawah.



Okeh, abaikan banting tu, sebab tu yang last minit punya banting. Esok nak kahwin, petang sebelum nya baru design n nak hantar.  Mujur ada kedai print banner yang boleh siap malam tu juga di Pasar Borong Pandan. Tak ingat nama kedai abang tu, tapi yang penting kat Pasar Borong Pandan JB. 

Dari segi catering, saya pilih Tok Wan Catering sebab dia ada sup tulang merah yang sangat sedap. Yummy...sambil menaip sambil terasa lapar. Ada rojak, laksa, minuman sejuk, minuman manas...Haishh....semua tu tak sempat nak rasa.


Untuk Pelamin, saya gunakan khidmat Molly Bridal di JB. Baju 3 pasang untuk pakej Molly Bridal tapi yang digunakan hanya 2 pasang untuk majlis saya. 1 pasang lagi untuk majlis resepsi. Yang 2 pasang ni pun dah terasa penat. 1 pasang untuk sanding n satu pasang untuk outdoor.  Untuk pelamin saya suka kan design simple tp nak yg ala-ala pastel.  So jadi lah macam ni.  Bunga warna Tiffany tu ditambah oleh saya sendiri. Yang paling saya suka bantal bulu-bulu dan juga kipas bulu-bulu tu. Rasa macam ala-ala fairy tale gitu.


Make up pula dah review pada yang post lepas. Sila cari semula post yg lepas... Untuk makeup nikah saya tak suka yang tebal tapi saya suka yang lebih natural.



Hahaha.. layan muka hantu kita jap yea!! Muka belum final touch up!!!



Dah tak larat nak menaip. Nanti tunggu next post kte yea.  Throwback Wedding Part 2.

2 comments:

Unknown said...

Hi, tanye boleh? Molly bridal ok tak?

Unknown said...

Hi, tanye boleh? Molly bridal ok tak?

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...