Monday 16 June 2014

Throwback Wedding Part 2

Now Back!!!
Kembali untuk throwback wedding season 2. Dah rasa macam drama berseason.  Sebelum tu siapa tengok drama Aku Isterinya ataupun dalam versio novel Aku bukan Mistress. Ha..best kan? kalau nak feeling-feeling romantik tengok cerita ni ye. Ulangan sila tengok di tonton.com.my. Pelakon feveret pulak tu, Anzalna n Izzue Islam. Kontrovesi tolak tepi ok. Ni cerita tentang lakonan mereka yg mantop tu. Sape tak setuju, angkat kaki. Lagu sakura band feat adi sixthsense pun memang menusuk jiwa.



Majlis Ijab Kabul

Untuk majlis ijab kabul start pada 10.00 a.m. Dihadiri kaum keluarga dan juga sahabat handai. Time nikah memang sangat mendebarkan sebab selepas ijab kabul tanggungjawab dah menjadi triple. Nak berkahwin macam-macam yang kita perlu pikul tanggungjawab, sebagai suami isteri, keluarga sendiri n keluarga mertua. Jadi bukan perkara main-main ye nak berkahwin. Sebelum majlis ijab kabul bermula, kami memang super duper nervous. Mana tidaknye, tok kadi kami ni orang nya muda dan dia jugak yang bagi ceramah time kami pergi kursus. Kat kursus dah siap warning awal-awal, time nikah nanti tak mo ada adegan cium-cium bagai. Just cium tangan sahaja.



Bila tok kadi dah sampai, lagi lah kami berdebar.  Time akad nikah, encik suami sangat lah nervous sampaikan tok kadi belum habis lafaz, dia dah cepat-cepat lafaz. Tok kadi siap tenangkan encik suami. :)


Alhamdulillah untuk kedua kali, lafz ijab kabul berjalan dengan lancar. Bersyukur kehadrat illahi akhirnya kami sah!! Sila kahwin cepat-cepat bagi yang berkemampuan ye.



 Time to posing!!! Lepas ni banyak gambar je. Layankan je la ye




Gambar lepas ni adalah gambar yang paling saya suka. Sebab gambar nampak macam candid tapi bukan candid. 



yay!!!inilah surat yang menyatakan kami dah sah!!


Orang kuat!!! yang banyak bersusah payah untuk saya. Terima kasih mak, ayah, abang n adik. 


My MIL, SIL dan juga saudara mara encik suami.


Besties masa jaman UTM dulu. Thanxxx korang sebab memeriahkan majlis.  Walaupun dari jauh tetap datang. Dan yang paling awesome, korang pakai pink color, ikut tema..



Majlis Sanding

Time majlis sanding ni baju pula warna turqoise. Sebenarnya nak warna tiffany, tapi tak ada pula. Jadi terpaksa lah pilih warna yang berdekatan. 


Tapi tak berapa suka baju ni sebab dia nampak gumux!!!!  Yang tak best nye time nak kahwin ni memang tak sempat nak kuruskan badan... Aishh tu yang part paling stress. Tapi takpelah...yang penting semua berjalan lancar. 


Baju yang ketiga pula, yang ni baju paling suke!!!sebab dia dapat cover kegemukan skit. Tips, kalau nak cover kegemukan sila cari baju kahwin kain chiffon, sebab dia boleh membantu cover kegemukan.  Baju ni yang paling saya suka sebab PURPLE!!! Purple is a part of my life. 


Baju purple ni untuk kami photo-shoot outdoor. Lokasi kami pilih di Nusajaya. Memang serius kat nusajaya ni better juga untuk ambil gambar kahwin. Time ni memang ramai orang amik gambar kahwin.







Last sekali, terima kasih untuk saudara mara yang sudi hadir ke majlis kami dan juga turut memberi sokongan











1 comment:

Unknown said...

Rasanya belum terlambat ucapkan Selamat Pengantin Baru.. Moga Bahagia hendaknya...

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...