Wednesday, 20 February 2013

Preparation : MUA


Counting punya counting rupanya tinggal 3 bulan je lagi untuk preparation. Sebelum ni sebelum decide tarikh rasanya ada lagi 6 bulan. pejam celik hanya lagi 3 bulan. Agak gerun juga sebab semuanya belum decide lagi. Dari segi baju, pelamin, makan, kad, goodies, barang hantaran. Sempatkah? Dah macam last minit pula.

Kalau untuk wedding, saya sangat cerewet  memilih untuk  tiga perkara

1. Make -up
2. Photographer
3. Makanan ( bagi pihak encik tunangan saya)

Tiga benda tu yang saya sangat penting-pentingkan.  Entry kali adalah untuk pilihan MUA.

Untuk makeup saya memang dah lama sangat suka dengan makeup Suhana Sulaiman. The best MUA yang saya suka. Pernah belajar makeup dengan suhana dan berpuas hati dengan hasil makeup dia.  Sorry sue, amik dari Fb Sue... :)


Yang kat mata tu yang paling saya suka.  Cantik. :)

MUA yang kedua pula Vee. Selalu juga makeup kan untuk butik-butik online yang famous. Contohnya radiusite. 

Sayangnya kedua-dua nya saya tak dapat nak amik. salah satu faktor sebab  faktor jauh. Selain mereka berdua , if korang ada budget yang lebih sikit boleh try amik MUA yang lain. Seperti kak Laila Rohani MUA yang makeupkan Nurul Suhada TV3 time kahwin. Sangat cantik dia make-up kan.

Kalau rajin korang boleh search lagi MUA, ramai MUA yang hasil kerja sangat cantik.  Saya dah pun pilih MUA untuk time nikah & sanding. Saya pilih Zizie Omar yang makeup time sepupu saya kahwin. Dah lama aim nak ambil make up dengan dia.  Bila dah decide tarikh tu terus sms sepupu saya untuk minta no phone dia. 


Kalau untuk HARI BESAR saya prefer untuk ambil makeup asing dari pakej pelamin. Enchek tunangan pun bagi green light sebab biar puas hati sebab sekali seumur hidup je perkahwinan ni. Tapi depends pada masing-masing. Sebab bila kira-kira harga pun lebih kurang dengan pakej. Tapi apa-apa pun mesti buat perancangan terlebih dahulu. Untuk B2B rasanya semua rajin yang survey-survey kan. Next time share tentang Photographer pula yea






You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...