Tuesday 28 February 2012

Miss him so much

Tatkala menatap gambar nya , saya pasti akan mengalirkan airmata. Tanggal 28 Februari dia telah meninggalkan kami sekeluarga.  Sudah hilang pengubat hati saya dan juga keluarga. Karenah dia memang sentiasa membuatkan kami gembira.  Dalam kenangan...

my little mok cik


sedey..belum setahun pun umur dia..dia dah pergi. sedey sebab dea hembuskan nafas terakhir disisi saya. Mungkin keracunan makanan. tak pasti. Kalau lah ada klinik haiwan yang buka malam-malam buta memang saya dah bawa dea ke klinik.  Memang sangat sedih sebab tak sempat bawa ke klinik dea dah pergi selama-lamanya.  Malam ketika dia sakit pun, dia masih nak berada di sisi saya.  Namun kuasa Allah tiada siapa yang boleh menentang.  Ini ujian buat saya..yang harus saya hadapi dan bersabar.

Walaupun dia kucing tetapi dia banyak mencuit hati saya.  Dia selalu jarang keluar rumah.  Tiap-tiap malam mesti nak tidur di karpet bulu-bulu di ruang tamu.  Bila ada adik beradik kucing yang lain tidur di karpet itu dia akan kacau mereka dengan menggigit mereka. Yang lain boleh tidur di karpet tu bila dia start tidur dulu

dari kiri : oyen canitk, cicik, panjang & mokcik

Dia lah antara yang paling kuat makan, dan paling kuat tido dan juga paling besar.  Dia suka tidur terlentang.  Kadang-kadang tengok dah macam manusia. 



dea juga diajar toilet trained cuma sekali sahaja.  Selepas itu, setiap kali nak membuang dia akan ke bilik air dengan sendirinya.  It is hurt when he died.... sebab dia jarang susahkan tuan dia.  

Bila balik ke rumah si cicik adik mokcik akan duduk di bilik air...Menunggu si mokcik. sampaikan tidur di bilik air.  Dia sepertinya kesedihan juga bila mokcik tiada sebab dia pun selalu juga berdua dengan mokcik.  Mak pula bila nak panggil si oyen asyik terpanggil mokcik je.  Saya pula selalu terbayang-bayangkan kelibat mokcik.  Setiap sudut penjuru rumah buatkan saya teringat pada mokcik.  Perginya mokcik tiada ganti..

Redha...
Tapi hati merinduinya...
Istigfar pengubat rindu..

2 comments:

Zam Harirah said...

Nak nangis baca entry ni :'/

ainunmata said...

sedey kan....:(

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...