Saturday 15 November 2014

Telco Scam!!!

Bercerita tentantang telco scam. Pernah tak korang dapat SMS dari no 32*** "Dapatkan lawak bla..bla..bla..bla..."  Bila dapat macam ni selalunya kita akan abaikan je dan buat tak tau. Especially kalau prepaid. Tapi dalam sedar tak sedar, rupanya prepaid kita akan ditolak secara senyap-senyap. Bila korang sedar prepaid korang dah kena tolak, takkan nak berdiam diri. Alternatif yang perlu korang buat adalah korang perlu taip

STOP ALL

dan jangan lupa pula send ke NO 32***.  Insya-Allah dia akan STOP. 

Itu kalau prepaid. Kalau postpaid macam mana? Postpaid kadang-kadang kita tak dapat nak trace.  Tapi jika postpaid awak semua dapat message lebih kurang macam tu, memang caranya pun sama juga.  Alternatif lain, boleh semak bil anda jika terdapat additional charge daripada no 32***. Additional charge kebiasaannya tak termasuk KREDIT LIMIT ANDA.  Jadi sebanyak mana dia charge, ianya tak termasuk dalam kredit limit.

This is my story, yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi masalah TELCO SCAM. Jangan risau & jangan dok kalut kalau bil anda seperti dibawah.


Bayangkan untuk SMS Content Services tiba-tiba charged anda sebanyak RM1620.50. Memang terkejut dengan bil yang macam ni. Masa tu tak ada lah panik, tapi rasa macam memang scam gile. Rasa macam senangnya telco buat duit. Kalau RM200 ke boleh dipertimbangkan lagi, tapi bila dah beriban ni memang kena fight for your right. What should you do kalau dah macam ni?

Jadi apa yang perlu dibuat masa tu anda perlu ke telco center yg anda langgan. Time pergi tu, minta tolong dia semak bil anda yang tak masuk akal. Semak apa sms content services yang anda langgan sampai beribu tu. Masa tanya tu kena la tanya secara psikologi & lembut-lembut sikit.  Sebab mereka pun manusia yang hanya menjalankan tugas. Customer service inform yang sebenarnya kita ada langgan sms services, dan time tu minta statement sms apa yang kita hantar & juga company yang charge sms services tu. Yang penting nama company, supaya kita senang nak buat aduan. Pihak telco akan beri kita tempoh untuk pihak mereka siasat & mereka akan hubungi kita.  Oke, time tu beri mereka tempoh bertenang bagi pihak mereka.  Jalani kehidupan anda seperti biasa. Ops, lagi satu jangan lupa minta mereka untuk block account anda sementara waktu sepanjang tempoh siasatan supaya monthly bil anda tidak akan dicharge.

Sepajang tempoh siasatan tu ada lagi perkara yang menjengkelkan berlaku dimana hari anda akan dihubungi dengan panggilan daripada DEBT COLLECTOR yang menuntut untuk melakukan pembayaran bil anda. Siap ugut bagai akan disaman. Bila time macam ni kena bersifat tegas sedikit sebab debt collector ni hardcore sikit.  Saya nyatakan yang kes saya masih dalam siasatan pihak Telco, dan dia pula minta nombor aduan. Sedangkan pihak Telco  menyatakan kes ni aduan by email, jadi tiada no aduan. Jadi DEBT COLLECTOR ni dia cakap NONSENSE. Amboi... memang mintak kena maki betul DEBT COLLECTOR. Kalau orang berbudi kita berbahasa, orang tak berbudi memang kena maki. :) Peace.

Bila hari-hari dapat panggilan DEBT COLLECTOR rasa macam naik rimas sebab mereka call kita tak kira masa. Tak kira kita ada meeting ke, ada kerja ke. Jadi jalan yang terakhir adalah BUAT ADUAN  secara ONLINE ke Pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).  Memang jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan melakukan aduan terhadap pihak SKMM. Tujuannya adalah untuk kita minta gantirugi bagi perkhidmatan yang kita tidak langgan sekalipun.  Tunggu respon SKMM. Insya-Allah mereka cuba yang terbaik.

Then dalam sebulan berlalu, boleh follow up melalui pihak Telco. Pihak Telco beri reason ianya masih dalam siasatan, dan dikatakan yang perkhidamatan yang dilanggan sebenarnya disebabkan virus (Pulak dah...). Tapi pihak Telco memberi jaminan yang ia akan diselesaikan.

Atlast...selang 3 hari, dapat email dari pihak Telco, kes dah selesai. Cek semula bil, thn hasilnya.....


Alhamdulillah, kami dapat refund semula. Rasanya hampir 5 bulan kes ni. Tapi apa-apa pun kuncinya kena sabar time menghadapi situasi ini. Rajin-rajin google pengalaman orang lain yang kena telco scam.


 

No comments:

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...