Monday 8 August 2011

Sila terliur dengan makanan ini

Sila terliur dengan makanan ini

Bulan ramadhan ni macam-macam terasa nak makan kan?
Kalau g bazar tu terfikir macam-macam nak makan..
tapi ni cuma nak share makanan yang superb terliur..
tak bermaksud pun nak cerita ttg makanan di bulan puasa.
cuma baru berkesempatan nak upload gambar yang dah lama bersarang di enset

makanan yang pertama adalah makanan orang persia.
Ingat tak sebelum ni post saya ketika makan di rumah lab mate saya
iaitu orang Persia. kalau yang belum baca boleh klik di sini..
kali ni makan pula di kedai PARSIA..
mengikut cik tunangan yang tak habis-habis nak pergi makan kat tempat ni
terletak di Taman Univesiti berhampiran dengan Al-Ikhsan yang besar di Tmn U.
menu yang kami order semuanya nasi.
silap lah kalau korang nak makan benda ringan-ringan kat sini
menu ada kebab dan roti...sudahnya kena makan nasi 
sebab jawapannya mesti cakap roti dah habis.

kami pun order 2 jenis hidangan  nasi



ini hidangan untuk tunangan saya 
nasi putih yang dicampur dengan safron


dan dimakan dengan daging kambing ...



ini pula hidangan saya
nasi putih dan kebab 
kebab dea pure daging


memang sedap....
lepas tu siap lah!!!berat naek!!
jatuh merundum dietku!!


makan yang kedua pula ..
Mee udang special...
sila tengok gambar dibawah..



sangat special kan tengok udang dea..
mee udang yang sedap ni korang boleh try kat 
Telok Panglima Garang, Selangor..
Behampiran dengan Jalan nak masuk Pulau Carey..
udang yang dea letak gemok-gemok
memang sangat puas hati...
sila berkunjung yea
rasanya kat situ cuma kedai tu je yg jual mee udang

ada banyak lagi tempat yang nak di share....
tapi nanti dulu...
sebab sekarang tak sempat nak upload
semenjak berkejayah di kedai abang ku..


No comments:

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...