Thursday, 1 January 2015

TERSONTOT

Semenjak pasaran/pelaburan emas wujud secara besar-besaran ni memang acapkali dengar perkataan tersontot. Setiap hari mesti dengar suami guna perkataan tersontot. Serius sebelum ni tak pernah dengar perkataan tersontot. Oke ini bukan cerita untuk menceritakan siapa yang tersontot dengan pelaburan emas sebab setiap orang pasti ada kisah tersendiri, suka duka dalam pelaburan emas. Harap semua bertabah & tetap berdoa.

Nak dipendekkan cerita, semua orang tengah to be prepared untuk menghadapi tahun baru yang kita set dalam minda kita dengan risiko GST & juga kejatuhan matawang. Cerita tentang ekonomi dan GST saya tak nak comment lebih-lebih sebab biarlah yang arif menghuraikannya.Yang pastinya persediaan untuk menghadapi semua itu perlu difikirkan. Tak terlepas juga, kami turut risau nak menghadapi masa-masa akan datang. Selalu fikirkan cukup kah kewangan kami bagi menjalani kehidupan harian. Langkah awal yang perlu diambil simpanan.

Duit
Duit ni boleh buat kita desperate yang teramat sangat.  Duit bagaikan air yang mengalir laju... Bila time gaji, duit boleh habis sekelip mata. Lajunya duit mengalir mengalahkan ferrari yang bergerak. Kan dah merapu ayat macam-macam. Oleh kerana kami tak nak duit kami laju macam air, kami cari alternatif nak menyimpan. Suami bagi idea untuk menyimpan emas. Hari -hari dia duduk study tentang emas, tu yang hari-hari dengar perkataan tersontot. Dah lama study, kami mencuba untuk membeli 1 gram emas secara online. Mula-mula takut juga risiko membeli emas secara talian sebab takut barangnya tak sampai. Tapi...tadaaaaa...



Emas pertama yang kami beli.. Masa emas ni sampai, suami terus pesan sesuatu "Sayang, ini sahaja harta yang mampu abang beri". Rasa sayu je dengar. Saya hanya tersenyum & ucap "Alhamdulillah" sambil buat joke "mujur ada harta." Memang niat kami untuk kami simpan walaupun hanya 1 gram sahaja. 

Alhamdulillah, Allah permudahkan rezeki kami untuk beli emas yang kedua. Emas kedua kami dapat seutas rantai dan loket. Oke, jangan pandang pada design emas tu. walaupun design emas lama tapi masih berbaloi. Pandang emas pada beratnya.


Gambar ni asalnya di ambil untuk tujuan menjual. Tapi harap maaf, tak jadi jual sebab rasa sayang. Nak simpan sahaja buat aset. Kenapa orang-orang dahulu suka mengumpul emas. Sebab mereka tahu nilai emas itu berharga. Kalau dulu seutas rantai emas boleh didapati dengan rm1500 dan bila dinilai semula emas itu nilainya boleh mencecah ke 5k. 

Kali ketiga, kami cuba berjinak-jinak jual emas kecil-kecilan. Kami beli emas 1 gram, dan jual semula emas tu. 



Serius, untung yang kami dapat tak besar pun sebab niat kami time tu memang untuk menyimpan emas. Tapi alhamdulillah emas tu semuanya sold out dan hasil jualan emas, kami dapat tambah lagi simpanan emas kami.

Jadi untuk menghadapi 2015, asingkan sedikit duit shopping anda untuk kumpul membeli emas. Emas seeloknya disimpan diwaktu kita mampu untuk memilikinya. Kami pun masih bertatih lagi untuk belajar mengumpul emas.

Lastly, jangan lupa membayar zakat  derma.

#prayforbanjir
#prayforqz8501

Semoga kita dijauhkan dari segala fitnah dunia.


No comments:

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...