Cerita melayu sekarang ni banyak yang best-best. Kalau dikatakan cerita melayu ni tak boleh setanding dengan cerita luar, hurmmm....no comment..tapi biasa lah kan sebab kita kat dunia ni semua kan bermacam-macam ragam dan juga bermacam-macam asam garam kehidupan..dats y lah semua cerita mana boleh nk sama je..as long cerita melayu kita ni masih memenuhi kehendak orang malaysia kita. Hari tu boleh pulak terlayan satu v-log tentang mentaliti by Firdaus Aziz ...Korang layan jap ek video ni..suka juga dengan review dia yang dilakonkan semula tentang mentaliti masyarakat dunia ni..eh..eh..sila buka melalui youtube..sebab blog saya ada background lagu...(jangan suruh saya remove background lagu..saya memang takkan buang)
Back to cerita Melayu..sekarang ni banyak cerita yang diadaptasi dari novel.. Ombak rindu.. kalau korang baca novel lagi best sebab cerita nya lagi detail. Dan yang terbaru Bicara Hati dari Damya Hanna.. Oke buku ni buku 1st yang saya beli... memang syiok baca Bicara Hati. Selalu saya akan cuba amik masa 1 hari untuk habiskan baca novel. Dulu lah time skolah.
and then sekarang kat astro dah start episod 1 bicara hati...yang dilakokan oleh Sharnaaz Ahmad dan Christina Suzanne sebagai pelakon utama.
tapi semalam pulak terlayan cerita gemersik Kalbu di tonton lakonan Aqasyah dan Ayu Raudhah. dan juga ada hero sampingan dalam iaitu Fazreen Rafi dan Zain Saidin. Saya memang sangat suka bila Aqasyah jadi hero...time dulu suke time cerita Mertua vs Menantu. Dan juga suka bile Akasyah menyanyi especially lagu yang dea nyanyi time cerita Ramadhan Terakhir iaitu Jangan Lupa Namaku. At that time dea dikenali sebagai Andra Ahmad dalam kumpulan Pompa Bensin
Eh-eh..ni bukan nak cerita tentang Pompa Bensin. Tapi nak cerita tentang Gemersik Kalbu
Korang boleh layan cerita ni. Mula-mula tengok macam boring. Itu awal-awal..Tapi gagahkan untuk layan sampai episod 4... sampai tetibe berlinang air mata.. Dah kenapa sampai berlinang air mata. Jalan cerita sedih... dah macam novel..dan dalam cerita tu pun ada mengisahkan Ayu Raudhah sebagai Raihana yang suka menulis novel. Sekali searching via net, memang pun cerita ni adalah cerita novel..
Korang sila layan. Tak rugi tengok cerita melayu. Selamat menonton..
No comments:
Post a Comment