Majlis pertunangan berlangsung di Kelantan masa 17 september 2011. Tapi saya pergi awal sikit, iaitu pada 15 September 2011. Bertolak naik keretapi..First time gitu naik keretapi...Memang excited. Pulak tu amik seat katil .... Untuk korang yang belum pernah naik keretapi macam saya, sila naik sekarang. sangat seronok. Untuk pengetahuan anda, ada pelbagai pakej untuk naik keretapi. Ada first class, second class , ekonomi, dan juga exclusive. untuk maklumat lanjut boleh layari website KTM. Promote nampak.. Wei..beshh woo...
Untuk ke kelantan ni saya amik tempat tidur 2nd class bahagian bawah. Ia nya memang tak selesa macam tempat tidur di rumah, tapi untuk saya merehatkan diri bagi perjalanan yang jauh, ianya sangat selesa. (merehatkan diri? kau tidur tak sedarkan diri kot) . Sangat nyenyak sampaikan bile orang mintak tiket tak sedarkan diri sampaikan kawan kejut kan. (Blush..blush..) Memang kelam kabut masa tu. Moral of the story, sila jangan tidur sebelum tiket anda disemak oleh pegawai berkaitan. :p
Ini ruangan tidur saya. :)
Di Kelantan, kami stay di Homestay di Kampung Laklok. dekat juga dengan rumah eera. Tapi stay utk 2 hari sebab hari kemudiannya mak eera ajak tidur di rumah mereka. untuk hari tunang tu sebab kat rumah mereka ramai sedara mara.
Malam sebelum hari pertunangan, kami tolong ape yang patut..Adat bertandang ke rumah orang, mestilah kena tolong menolong. Saya tolong menyibuk kan diri buat barang hantaran (mcm pandai beno kau buat barang hantaran).. tak pandai...untuk cuba-cuba bolehlah...buat barang hantaran dengan kerjasama cik anzanar. Meriah buat barang hantaran. banyak betul tukang pemerhati.
Buat main hentam..takpe yang penting kena yakin...ahaksss...inilah hasil nya..kalau cantik thumbs up kalau tak cantik sila diam-diam...
Lepas siap satu hantaran ni, dah lepak semacam. Lepak sebab memikir idea nak buat hantaran. (mengade lah kau ni).. 1 je pun hantaran yang dah siap. hihii..gaya bercerita macam banyak yang nak dibuat. itu takpe.gaya mesti ada. Lepas siap je terus makan...ade barbeque lah kata kan....enjoy waktu makan.
Perut dah kenyang barulah boleh balik homestay.
Keesok kannya pada majlis tunang memang meriah. Meriah sebab ramai sangat orang. Orang sebelah pihak lelaki dan juga perempuan. Yang lagi meriah nya bila majlis ni ada photographer jemputan untuk ambil gambar. Haruslah saya dan kawan-kawan menggedik nak gambar di ambil. untunglah ade tunang photographer...:) yang sebenarnya tunangan eera ni adalah photographer. jadi dia ajak kawan-kawan photographer nya ambil gambar sekali. untunglah..dan yang untung nya eera mungkin ada story book untuk eera tunang.. (untunglah bak kata cik anzanar)..
Mereka berdua ni bercinta langsung tak nak tunjukkan keromantikan mereka. Okelah tu..Sedar-sedar je eera ni dapat story book sesaje..aish....sangat menjeleskan saya.. Dah macam cerita lagenda budak setan..ade story book bagai..itu kisah mereka masa mereka bercinta..sekarang ni dah bertunang mungkin ada story book lagi..aish...kenangan diabadikan dalam buku...chewaahh...
oke berbalik pada kisah tunang ira..kita layan-layan jap la gambar masa hari pertunangan mereka...
eera & jurumakeup nya merangkap kawan baik nya.
bersama kami semua...
haruslah dengan ainunmata pula..tenks to kak anzanar for the nice pictue..:)
menyarung cincin di jari
yang ni gambar masa outdoor
ada banyak lagi gambar outdoor yang diambil. tapi semua kat kamera photographer. tak boleh nak upload semua sebab banyak sangat. nanti bile rajin baru upload yea.
walau apa-pun tahniah ye eera....:)
2 comments:
kreatif bekas cincin tuu...
hiasan dlm rumah dah macam majlis akad nikah dan kenduri kawin dah...
kreatif ek..tenks..:)
Post a Comment