Monday, 11 January 2016

THE GEROBOK : VENDOR CONCEPT BOUTIQUE



Assalamualaikum...

Throwback THE GEROBOK

Alhamdulillah sekarang The Gerobok dah setahun mempunyai physical store. Sebelum ni item dari The Gerobok semuanya melalui online facebook ataupun melalui instabazaar. Idea asal penubuhan The Gerobok ni bermula dari adik saya , Nyza. Nama gerobok ni sebenarnya diambil sempena loghat johor iaitu Almari. Dulu-dulu time balik kampung arwah atok selalu guna perkataan gerobok. Nak amik barang, amik kat dalam gerobok. So, tak kira lah gerobok ni samaada almari baju ataupun melambangkan perabot. 

Untuk physical store kami pada awalnya tak terfikir pun nak buka disebabkan kami time tu budget ciput dan barang pun tak banyak. Sampai satu masa, kami saja berjalan di Uda Business Centre nak walk in ke butik calaqisya & radiusite. Adik saya peminat obses kedua2 butik ni. Kalau boleh setiap keluaran dari kedua-dua butik ni nak beli. Obses sangat kau ni dik. Time tu area UBC belum banyak butik yang buka. Adik saya yang perangai gila ni tiba-tiba berseloroh JOM BUKA BUTIK KAT SINI. Time tu iyekan saja. Tapi adik memang hati kental menyatakan betapa serius hasrat hatinya itu. Saya & cik suami cuba untuk merealisasikannya. Study dulu, kedai mana yang bersesuaian dengan lokasi. Kedai bawah memang boleh dikatakan jaminan 100% tarikan pelanggan. Taaaapiiii....sewanya adalah di luar budget kemampuan kami. So, kami decide untuk buka kedai atas. Budget dalam ala-ala reasonable & sesuai untuk tubuhkan physical store The Gerobok.

Setelah confirm sewa, kami melawat tapak butik. Alhamdulillah, sewanya berpatutan dengan keluasan kedai. Ohoiiiii...nak main badminton pun boleh dalam kedai...



Oleh kerana produk TG belum banyak, kami tukar konsep kami kepada konsep vendor. Gila sebesar kedai, takkan nak letak produk TG yang sikit. Alhamdulillah, ramai yang berminat untuk menjadi vendor TG.  Bila ramai dah minat, kami jadi gelabah. Cukup ke budget kami untuk buat renovation. Nak upah orang memang rasanya mau jejak 30k. Last sekali kami decide renovate sendiri.. Buat yang basic-basic. Mak pun bagi sokongan siap bagi modal untuk buat renovate. Thank you mak. I love you.

Bermula dari segi wiring, pasang lampu, pasang karpet, semuanya sendiri. Almaklumlah kami sekeluarga ramai yg jadi engineer tak bertauliah. Ayah memang kepakaran bahagian letrik. Boleh dikatakan 100% letrik ayah jadi main power. Abang & husband bahagian pertukangan. Kerja-kerja drill semuanya abang & husband. Kami yang perempuan ni macam biasa lah, keja mengemas. Macam nak pengsan bila buat sendiri. Tapi hasilnya alhamdulillah kami puas hati. Walaupun takla cantik macam orang yang dah pakar buat kabinet, tapi kami buat yang terbaik.





Alhamdulillah di awal pembukaan kami, semuanya berjalan dengan lancar. So, kami upgrade sikit demi skit. Bermula dari fitting room dan partition hanyalah berasaskan langsir sehingga kami dapat built up partition & fitting room yang selesa. Daripada banner sebagai signboard, sehingga kami upgrade ke signboard betul.


















Dan sekarang di sini lah kami berdiri di atas sini sehingga kini



Terima kasih mak & ayah untuk sokongan yang tak pernah putus.
Terima kasih untuk anda yang terus menyokong kami

Untuk yang walk in boleh terus ke

THE GEROBOK
20-01 Jalan Padi Emas 1/5
Uda Business Centre
Bandar Baru Uda 
81200 Johor Bahru
Johor

Business hours
Sunday - Thursday 11am till 9pm
Friday - Saturday 11am till 11pm
Closed on MONDAY

Instagram : @thegerobok
                   atau @thegerobokvendors
Website    : www.thegerobok.com
Facebook : The Gerobok


HAPPY 1 YEAR ANNIVESSARY 
THE GEROBOK






Thursday, 1 January 2015

TAHUN BARU AZAM BARU



Tahun Baru Azam Baru. Tapi dimanakah jalan dan penentuan hidup kita di tahun baru. Semoga tahun baru ini kita semakin mendekatkan diri dengan Allah yang Maha Esa.

TERSONTOT

Semenjak pasaran/pelaburan emas wujud secara besar-besaran ni memang acapkali dengar perkataan tersontot. Setiap hari mesti dengar suami guna perkataan tersontot. Serius sebelum ni tak pernah dengar perkataan tersontot. Oke ini bukan cerita untuk menceritakan siapa yang tersontot dengan pelaburan emas sebab setiap orang pasti ada kisah tersendiri, suka duka dalam pelaburan emas. Harap semua bertabah & tetap berdoa.

Nak dipendekkan cerita, semua orang tengah to be prepared untuk menghadapi tahun baru yang kita set dalam minda kita dengan risiko GST & juga kejatuhan matawang. Cerita tentang ekonomi dan GST saya tak nak comment lebih-lebih sebab biarlah yang arif menghuraikannya.Yang pastinya persediaan untuk menghadapi semua itu perlu difikirkan. Tak terlepas juga, kami turut risau nak menghadapi masa-masa akan datang. Selalu fikirkan cukup kah kewangan kami bagi menjalani kehidupan harian. Langkah awal yang perlu diambil simpanan.

Duit
Duit ni boleh buat kita desperate yang teramat sangat.  Duit bagaikan air yang mengalir laju... Bila time gaji, duit boleh habis sekelip mata. Lajunya duit mengalir mengalahkan ferrari yang bergerak. Kan dah merapu ayat macam-macam. Oleh kerana kami tak nak duit kami laju macam air, kami cari alternatif nak menyimpan. Suami bagi idea untuk menyimpan emas. Hari -hari dia duduk study tentang emas, tu yang hari-hari dengar perkataan tersontot. Dah lama study, kami mencuba untuk membeli 1 gram emas secara online. Mula-mula takut juga risiko membeli emas secara talian sebab takut barangnya tak sampai. Tapi...tadaaaaa...



Emas pertama yang kami beli.. Masa emas ni sampai, suami terus pesan sesuatu "Sayang, ini sahaja harta yang mampu abang beri". Rasa sayu je dengar. Saya hanya tersenyum & ucap "Alhamdulillah" sambil buat joke "mujur ada harta." Memang niat kami untuk kami simpan walaupun hanya 1 gram sahaja. 

Alhamdulillah, Allah permudahkan rezeki kami untuk beli emas yang kedua. Emas kedua kami dapat seutas rantai dan loket. Oke, jangan pandang pada design emas tu. walaupun design emas lama tapi masih berbaloi. Pandang emas pada beratnya.


Gambar ni asalnya di ambil untuk tujuan menjual. Tapi harap maaf, tak jadi jual sebab rasa sayang. Nak simpan sahaja buat aset. Kenapa orang-orang dahulu suka mengumpul emas. Sebab mereka tahu nilai emas itu berharga. Kalau dulu seutas rantai emas boleh didapati dengan rm1500 dan bila dinilai semula emas itu nilainya boleh mencecah ke 5k. 

Kali ketiga, kami cuba berjinak-jinak jual emas kecil-kecilan. Kami beli emas 1 gram, dan jual semula emas tu. 



Serius, untung yang kami dapat tak besar pun sebab niat kami time tu memang untuk menyimpan emas. Tapi alhamdulillah emas tu semuanya sold out dan hasil jualan emas, kami dapat tambah lagi simpanan emas kami.

Jadi untuk menghadapi 2015, asingkan sedikit duit shopping anda untuk kumpul membeli emas. Emas seeloknya disimpan diwaktu kita mampu untuk memilikinya. Kami pun masih bertatih lagi untuk belajar mengumpul emas.

Lastly, jangan lupa membayar zakat  derma.

#prayforbanjir
#prayforqz8501

Semoga kita dijauhkan dari segala fitnah dunia.


You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...