Monday, 11 January 2016

THE GEROBOK : VENDOR CONCEPT BOUTIQUE



Assalamualaikum...

Throwback THE GEROBOK

Alhamdulillah sekarang The Gerobok dah setahun mempunyai physical store. Sebelum ni item dari The Gerobok semuanya melalui online facebook ataupun melalui instabazaar. Idea asal penubuhan The Gerobok ni bermula dari adik saya , Nyza. Nama gerobok ni sebenarnya diambil sempena loghat johor iaitu Almari. Dulu-dulu time balik kampung arwah atok selalu guna perkataan gerobok. Nak amik barang, amik kat dalam gerobok. So, tak kira lah gerobok ni samaada almari baju ataupun melambangkan perabot. 

Untuk physical store kami pada awalnya tak terfikir pun nak buka disebabkan kami time tu budget ciput dan barang pun tak banyak. Sampai satu masa, kami saja berjalan di Uda Business Centre nak walk in ke butik calaqisya & radiusite. Adik saya peminat obses kedua2 butik ni. Kalau boleh setiap keluaran dari kedua-dua butik ni nak beli. Obses sangat kau ni dik. Time tu area UBC belum banyak butik yang buka. Adik saya yang perangai gila ni tiba-tiba berseloroh JOM BUKA BUTIK KAT SINI. Time tu iyekan saja. Tapi adik memang hati kental menyatakan betapa serius hasrat hatinya itu. Saya & cik suami cuba untuk merealisasikannya. Study dulu, kedai mana yang bersesuaian dengan lokasi. Kedai bawah memang boleh dikatakan jaminan 100% tarikan pelanggan. Taaaapiiii....sewanya adalah di luar budget kemampuan kami. So, kami decide untuk buka kedai atas. Budget dalam ala-ala reasonable & sesuai untuk tubuhkan physical store The Gerobok.

Setelah confirm sewa, kami melawat tapak butik. Alhamdulillah, sewanya berpatutan dengan keluasan kedai. Ohoiiiii...nak main badminton pun boleh dalam kedai...



Oleh kerana produk TG belum banyak, kami tukar konsep kami kepada konsep vendor. Gila sebesar kedai, takkan nak letak produk TG yang sikit. Alhamdulillah, ramai yang berminat untuk menjadi vendor TG.  Bila ramai dah minat, kami jadi gelabah. Cukup ke budget kami untuk buat renovation. Nak upah orang memang rasanya mau jejak 30k. Last sekali kami decide renovate sendiri.. Buat yang basic-basic. Mak pun bagi sokongan siap bagi modal untuk buat renovate. Thank you mak. I love you.

Bermula dari segi wiring, pasang lampu, pasang karpet, semuanya sendiri. Almaklumlah kami sekeluarga ramai yg jadi engineer tak bertauliah. Ayah memang kepakaran bahagian letrik. Boleh dikatakan 100% letrik ayah jadi main power. Abang & husband bahagian pertukangan. Kerja-kerja drill semuanya abang & husband. Kami yang perempuan ni macam biasa lah, keja mengemas. Macam nak pengsan bila buat sendiri. Tapi hasilnya alhamdulillah kami puas hati. Walaupun takla cantik macam orang yang dah pakar buat kabinet, tapi kami buat yang terbaik.





Alhamdulillah di awal pembukaan kami, semuanya berjalan dengan lancar. So, kami upgrade sikit demi skit. Bermula dari fitting room dan partition hanyalah berasaskan langsir sehingga kami dapat built up partition & fitting room yang selesa. Daripada banner sebagai signboard, sehingga kami upgrade ke signboard betul.


















Dan sekarang di sini lah kami berdiri di atas sini sehingga kini



Terima kasih mak & ayah untuk sokongan yang tak pernah putus.
Terima kasih untuk anda yang terus menyokong kami

Untuk yang walk in boleh terus ke

THE GEROBOK
20-01 Jalan Padi Emas 1/5
Uda Business Centre
Bandar Baru Uda 
81200 Johor Bahru
Johor

Business hours
Sunday - Thursday 11am till 9pm
Friday - Saturday 11am till 11pm
Closed on MONDAY

Instagram : @thegerobok
                   atau @thegerobokvendors
Website    : www.thegerobok.com
Facebook : The Gerobok


HAPPY 1 YEAR ANNIVESSARY 
THE GEROBOK






14 comments:

Unknown said...

kami sdang mencari vendor boutique seluruh m'sia yang sesuai utk letak baju kanak-kanak..
Insta : @arrana.shoppe
Fb page : Arrana Shop
whatassp : +60196800226

Unknown said...

Slm..sy nk tnya masih ada kekosongan lg ke utk sewa vendor..sy jual kosmetik makeup..ni no sy 01110773346

Unknown said...

Slm..sy nk tnya masih ada kekosongan lg ke utk sewa vendor..sy jual kosmetik makeup..ni no sy 01110773346

Unknown said...

Sapa2 kt sni boleh jelaskan x apa tugas sebagai seorg pekerja di vendor butik?sja nk timba ilmu baru.....

Unknown said...

Sis. Maseh available tak utk sewa. Saya jual palazo ? Boleh dapatakn no sis

Unknown said...

Cik Nur, saya mencari vendor untuk pelbagai barangan. Boleh whatsapp saya jika berminat
016-5468835

Unknown said...

Salam cik, saya tengah mencari vendor untuk butik. Jika berminat, boleh whatsapp saya di 016-5468835, tq

Unknown said...

Salam cik, saya tengah mencari vendor untuk butik. Jika berminat, boleh whatsapp saya di 016-5468835, tq

Emilia Aida said...

Assalam sis, butik still ade slot available ke? kalau ade whatsapp 019-2782488. Sy menjual Perfume Dexandra

Unknown said...

Salam.saya tgh mencari vendor untuk letakkan perfume. Jika ada blh wassap sya di 012-7204445

Unknown said...

Sy mencari vendor untuk pelbagai barangan fesyen
Kedai akn d buka d giant tunjong kota bharu bln 3 2017
Blh hubungi sy 0169306769 mimi
By mimie sannusi house butik

@MARWAFA@ HanYa CoReTAN KeHiDuPan... said...

Asalam sy Tgh cari vendor Utk letak apa2 brg kering siapa berminat whapp sy 01127373092

@MARWAFA@ HanYa CoReTAN KeHiDuPan... said...

Asalam sy Tgh cari vendor Utk letak apa2 brg kering siapa berminat whapp sy 01127373092

@MARWAFA@ HanYa CoReTAN KeHiDuPan... said...

Asalam sy Tgh cari vendor Utk letak apa2 brg kering siapa berminat whapp sy 01127373092

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...