Wednesday 16 January 2013

fenomena johor darul takzim

Sekarang tengah musim bola sepak malaysia. Tapi kali ni lain sikit..sebab bagaikan fenomena bola sepak pula di Johor.  Serius!! Sebelum ini tak pernah terlintas nak tengok bola. Inikan pula nak ke stadium.

Tapi tahun ni bagaikan satu lonjakan untuk pasukan negeri johor untuk mara satu langkah kehadapan. Dibawah naungan TMJ, harimau selatan dibangkitkan semula. Dahulunya dikenali sebagai johor fc dan kini dikenali johor darul takzim atau harimau selatan..

Pemain-pemain skuad kebangsaan telah dibawa masuk oleh TMJ untuk naikkan semula bola sepak johor.Serius..saya sgt berbangga dengan effort TMJ..kalau tak memang tak ramai yang akan ke stadium. Tak kisah lah walau apa pun orang nak cakap..yang penting kalau bukan TMJ siapa lagi yg nak naikkan pasukan Johor.


Penuh stadium johor time pergi hari jumaat lepas. Memang aura sokongan tu tak putus2. Walaupun permainan agak menghampakan sedikit tapi rakyat johor tak berhenti menyokong.

Itulah rakyat Johor..sentiasa berikan sokongan terhadap TMJ. Aish...dah mcm buat karangan lah pulak..hurm..nak crik jersey harimau selatan (away)..tapi semua habis..haishhh.. Kt mana yea nak carik??





No comments:

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...