Monday 28 March 2011

kalau berpacaran

KALAU BERPACARAN
"Kalau berpacaran 
 memang banyak pantang larang..
menjaga susila
ibu adik dan abang"

Hari ni terlintas untuk menulis post bertajuk ini..
terlintas di sebabkan membaca artikel
di website iluvislam..
artikel yang sangat menarik 
berkaitan tentang cinta yang tidak perlu terburu-buru..

kalau kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab
janganlah terburu-buru untuk kahwin..
berkahwin itu kerana Allah S.W.T..
Memang tak perlu risau pun jika jodoh kita lambat..
lambat tidak bermakna tiada jodoh,
tapi Allah telah mengaturkan sesuatu yang terbaik buat umatnya..
Kita sebagai hambaNYA perlulah percaya dengan ketentuan Illahi.

Dalam sesuatu hubungan, bukan setakat cinta sahaja tetapi teras agama yang mengukuhkan sesuatu hubungan...
Amarah atau marah tidak diperlukan dalam sesuatu hubungan.
Apa yang penting agamanya.
Wanita jangan tersilap memilih..
jangan pandang pada tutur kata atau budi bahasa..
tutur kata atau budi bahasa mungkin sahaja mampu berubah selepas bercinta.
Apa yang penting..
Agama nya, solat nya, hormat nya terhadap ibu bapa.
GERAM!!
terhadap orang yang berpura-pura.
berpura-pura mahu berubah tetapi tiada perubahan..
janji bertroli-troli ( ala, kalau nak guna bakul macam sikit sangat)
tapi berjanji dahulu..buatnya belum lagi..
Janji berubah itu haruslah kerana Allah,
bukannya kerana cinta..

Wanita harus MEMILIH..
Jangan tersalah pilih..
Biar lambat asal selamat..

Mode : Memberi semangat

No comments:

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...