Saturday 23 January 2010

Al-fatihah buat Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail

Al-Fatihah..
Semoga roh Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dicucuri rahmat.
Almarhum mangkat pada pukul 7. 15 malam...

Info :-
Dengan titah perintah
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar , Pemangku Raja adalah ditentukan perkabungan kerana kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim
mulai 22 Januari 2010 .

PERATURAN BERKABUNG

(1) Bendera Negeri diturunkan separuh tiang
dan hari berikutnya dinaikkan separuh tiang
dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang dan sedimikian
selama 7 hari dari tarikh dimakam

(2) Segala Bangunan-Bangunan Kerajaan hendaklah dinaikkan Bendera Negeri
separuh tiang bagaimana waktu tersebut dalam (1) di atas dan demikian selama 7 hari
daripada tarikh dimakamkan

(3) Segala bentuk hiburan dan permainan hendaklah dibatalkan pada siang dan malam tersebut
pada hari memakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar
Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk
Johor Darul Ta’zim.

(4) Semua masjid-masjid dan surau surau-surau di dalam Negeri Johor hendaklah mengadakan
Majlis Tahlil dan Doa ke atas roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu selepas
Fardhu Maghrib selama tujuh (7) hari selepas daripada dimakamkan.

(5) Rakyat-rakyat dan penduduk negeri ini hendaklah berkabung dari tarikh ini dan kemudian
daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia itu selama tujuh (7) hari.

PERATURAN BERKABUNG

(a) Bagi orang-orang Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.

(b) Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.

(c) Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

(d) Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.

(e) Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

No comments:

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...