Saturday, 8 October 2011

Hadiah konvokesyen ape yang menarik?

Kalau konvokesyen hadiah ape yang korang nak?  Ataupun hadiah ape yang korang nak berikan kepada ahli keluarga/ saudara mara / kawan-kawan/ girlfriend/ boyfriend/ tunang/ suami/isteri? hadiah ape?? kalau time konvokesyen mesti banyak kan orang jual hadiah untuk konvokesyen.

Antaranya termasuklah,

BUNGA, yang ini adalah yang paling hot time konvokesyen... Kebanyakannya mesti akan bagi bunga untuk konvokesyen.  Baaaaannnyaaak sangat jenis bunga yang boleh dijadikan untuk hadiah konvokesyen. kalau korang lelaki, sila bagi awek korang bunga time konvo. sebab ia macam romantik gitu.. tapi kalau awek tu tak suka kan bunga, hep..hep..hep.. jangan cube mencari pasal.  Bunga korang boleh bagi bunga hidup ataupun bunga immitate...tapi biarlah immitate yg cantek..





selain daripada bunga korang jugak boleh bagi..

TEDDY BEAR,  boleh lah nak bagi yang besar ke yang kecik ke...Kalau bagi teddy bear yang kecil, bolehlah buat ala-ala bouquet bunga yang comel..mengikut kreativiti masing-masing







ataupun nak menarik bolehlah bagi 

COKLAT



Kadang-kadang kalau kita nak berikan seseorang hadiah konvo kite pun kena tengok bajet yang sesuai.  Bayangkan kalau tempah bouquet bunga mesti cecah RM60 ke atas. kalau ada pun yang murah RM30 dan kuntuman bunga yang anda dapat cuma beberapa kuntum.

Kalau korang kreatif, korang boleh berjimat dengan membuat gubahan sendiri.  Dipendekkan cerita, sebenarnya mau ber story tentang  GUBAHAN SENDIRI.  Memang susah kalau nak buat gubahan sendiri, tapi boleh mencuba.  Last September , UTM ada konvokesyen dan adik kepada kawan saya nak konvo. Dan kawan baik saya ni berhajat untuk bagi bunga kat adik dia dan juga nak bunga bajet dalam RM50 tapi nak buat sendiri.

Jadi di Johor Bahru ni kalau korang nak cari kedai bunga yang banyak bunga nya boleh ke Taman Sentosa.  Tak ingat nama kedai apa tapi kat situ memang ada banyak kedai bunga.  Salah satu kedai bunga tersebut ade sebuah peti ais yang sangat besar yang menempatkan banyak bunga-bunga segar. Compare dengan kedai lain kat situ, kedai ni memang murah sikit berbanding yang lain.  Kedai feveret saya sebab time saya konvo, time saya tunang, time sepupu saya tunang, saya akan pergi kedai ni untuk beli bunga.



Kalau bunga feveret time konvo banyak bunga rose dan juga bunga matahari.  Bunga matahari sangat cantik bile dibuat gubahan.., Yang menariknya bile tanya pekerja kedai tu jenis bunga dea akan cakap " ni bukan sunflower..ni bunga matahari"  ape-ape jelah ...tapi bunga matahari mahal sebab kembangan nya tersangatlah kembang. Sekuntum RM5. ++. 



 Agak mahal.   Jadi cari bunga yang seakan-akan bunga matahari. Bunga ape yea.....Terpandang dengan gubahan bunga yang chantek.iaitu BUNGA DAISY.  Sangat cantek.  

Jadi untuk menampakkan ia macam bunga matahari , jadi misi mencari bunga daisy yang warnanya seperti bunga matahari.  Cantek tak warna bunga nya...Bila dah siap membeli, misi menggubahnya..sangat kalut sebab sebenanrnya memang tak tahu pun cara nak wrapping bunga..hentam sahaja lah dan hasilnya seperti di bawah..



Gubahan ini hasil kerja saya, cik anzanar dan juga cik jannah.. Walaupun tak secantek dan sekemas orang kedai yang gubah kami tetap berpuas hati...(eh tak canteklah bunga kau..) takpelah yang penting bila bunga di tangan tuan nya ia nampak cantik..:)

Saturday, 1 October 2011

Episod : Kawan saya Tunang

Alhamdulillah, akhirnya tunang jugak kawan saya ni. Dia merupakan kawan geng 10 masa degree dulu dan juga merangkap kawan masa sekarang, diwaktu master kini. Akhirnya tunang jugak yea cik azira. yang mula-mula nya takut nak tunang dan sekarang dah bergelar tunangan orang.

Majlis pertunangan berlangsung di Kelantan masa 17 september 2011.  Tapi saya pergi awal sikit, iaitu pada 15 September 2011.  Bertolak naik keretapi..First time gitu naik keretapi...Memang excited.  Pulak tu amik seat katil .... Untuk korang yang belum pernah naik keretapi macam saya, sila naik sekarang. sangat seronok.  Untuk pengetahuan anda, ada pelbagai pakej untuk naik keretapi. Ada first class, second class , ekonomi, dan juga exclusive.  untuk maklumat lanjut boleh layari website KTM. Promote nampak.. Wei..beshh woo...

Untuk ke kelantan ni saya amik tempat tidur 2nd class bahagian bawah. Ia nya memang tak selesa macam tempat tidur di rumah, tapi untuk saya merehatkan diri bagi perjalanan yang jauh, ianya sangat selesa. (merehatkan diri? kau tidur tak sedarkan diri kot) .  Sangat nyenyak sampaikan bile orang mintak tiket tak sedarkan diri sampaikan kawan kejut kan. (Blush..blush..) Memang kelam kabut masa tu.  Moral of the story, sila jangan tidur sebelum tiket anda disemak oleh pegawai berkaitan. :p
Ini ruangan tidur saya. :)

Di Kelantan, kami stay di Homestay di Kampung Laklok. dekat juga dengan rumah eera. Tapi stay utk 2 hari sebab hari kemudiannya mak eera ajak tidur di rumah mereka. untuk hari tunang tu sebab kat rumah mereka ramai sedara mara.

Malam sebelum hari pertunangan, kami tolong ape yang patut..Adat bertandang ke rumah orang, mestilah kena tolong menolong. Saya tolong menyibuk kan diri buat barang hantaran (mcm pandai beno kau buat barang hantaran).. tak pandai...untuk cuba-cuba bolehlah...buat barang hantaran dengan kerjasama cik anzanar. Meriah buat barang hantaran. banyak betul tukang pemerhati.


Buat main hentam..takpe yang penting kena yakin...ahaksss...inilah hasil nya..kalau cantik thumbs up kalau tak cantik sila diam-diam...


Lepas siap satu hantaran ni, dah lepak semacam.  Lepak sebab memikir idea nak buat hantaran. (mengade lah kau ni).. 1 je pun hantaran yang dah siap. hihii..gaya bercerita macam banyak yang nak dibuat. itu takpe.gaya mesti ada. Lepas siap je terus makan...ade barbeque lah kata kan....enjoy waktu makan.
Perut dah kenyang barulah boleh balik homestay.

Keesok kannya pada majlis tunang memang meriah. Meriah sebab ramai sangat orang.  Orang sebelah pihak lelaki dan juga perempuan. Yang lagi meriah nya bila majlis ni ada photographer jemputan untuk ambil gambar. Haruslah saya dan kawan-kawan menggedik nak gambar di ambil. untunglah ade tunang photographer...:) yang sebenarnya tunangan eera ni adalah photographer. jadi dia ajak kawan-kawan photographer nya ambil gambar sekali. untunglah..dan yang untung nya eera mungkin ada story book untuk eera tunang.. (untunglah bak kata cik anzanar)..

Mereka berdua ni bercinta langsung tak nak tunjukkan keromantikan mereka. Okelah tu..Sedar-sedar je eera ni dapat story book sesaje..aish....sangat menjeleskan saya.. Dah macam cerita lagenda budak setan..ade story book bagai..itu kisah mereka masa mereka bercinta..sekarang ni dah bertunang mungkin ada story book lagi..aish...kenangan diabadikan dalam buku...chewaahh...

oke berbalik pada kisah tunang ira..kita layan-layan jap la gambar masa hari pertunangan mereka...




eera & jurumakeup nya merangkap kawan baik nya.


 bersama kami semua...



haruslah dengan ainunmata pula..tenks to kak anzanar for the nice pictue..:)



menyarung cincin di jari







yang ni gambar masa outdoor


ada banyak lagi gambar outdoor yang diambil. tapi semua kat kamera photographer. tak boleh nak upload semua sebab banyak sangat. nanti bile rajin baru upload yea.

walau apa-pun tahniah ye eera....:)

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...