Friday 2 September 2011

Salam Aidilfitri salam Lebaran

Pejam celik dah nak seminggu beraya. Alhamduliilah, diberi kesempatan untuk beraya walaupun tahun ni persiapan tak berapa nak complete.  Raya..raya....raya.....Gitulah gamak nya. Raya tahun ni bukan main lagi peristiwa yang berlaku dalam diari kehidupan diri ni..kehidupan diri sendiri yea..Dan yang peliknya raya tahun ni saya banyak sangat sensitif, entah kenapa entah...Mengade!!

Raya tahun ni cuma sempat beli baju raya sepasang sahaja...(oke lah tu!!bersederhana dalam hidup!!) bisik hati sendiri. Tapi yang sensitifnya.....ouh..baju yang lama banyak dah tak muattt!!!!!! (padan dengan muke sendiri) dulu, baju besar kecik kan, sekarang terimalah padahnya!! aduiii....berdiet pun dah tak jalan (diet tapi raya makan ape ek?) ketupat, rendang, nasi , laksa, dan macam-macam yang menarik. Jadinya haruslah mengambil langkah yang sepatutnya..Okeii..theme saya biru yea..




biru sangat lah tu baju nya..sebenarnya theme 1 family biru macam selendang..tapi dek kerana susah nak cari warna biru macam tu, biru ala - ala purple pun jadilah..

alamak!!kena snap pulak gambar yang menunjukkan makan banyak..


 macam orang berselera kan??? lepas tu makan kuih raya lagi... memang lah berselera


beria-ia betul buka kuih raya. korang sila makan kuih raya yea...jangan tak makan bile tuan rumah jamu makan. kecik hati tuan rumah (nampak tak taktik nak suruh korang menambah berat badan)...

 Tahun ni yang baiknya...tak gado dengan adik kesayangan.. (dik, lepas ni jangan cari gado ye).. tapi gado dengan abang...adeii..macam mana ni...abang asyik bebel bukak kedai lambat..(sorry la bang..bkn sengaja..banyak kije..:( ) try to be not sensitive...tp da mintak maaf da...;p


tak lupa juga bermaafan dengan mak & ayah terchenta.. Selamat hari raya mak n ayah ^____^



okei...gado dengan cik tunangan belum lagi...^___^ (nada macam nak carik gado je)..nanti gado, leh mintak maaf lagi.. :p

Ukhuwah yang jauh dapat didekatkan..harap-harap makin bertambah baik walaupun tidak seperti dulu lagi.. (mood kecewa) kecewa lah..dulu selalu tido rumah, sekarang dah jarang..takpelah think positif .. ibarat kata mak " takpelah, dulu kan mereka selalu tido rumah, kali ni bagi peluang orang lain pulak" okei..tkpelah yg penting semua dah berbaik..dan Alhamdulillah dapat berkumpul dan berjumpa dengan hampir semua sedara mara..

walau apa pun, haruslah kita ingat hari raya adalah Hari Kemenangan , hari kesyukuran setelah kita berpuasa selama sebulan..dan hari kita memperingati saudara sesama Islam serta meningkatkan lagi keimanan kita. Dengan itu, saya ingin memohon ampun & maaf kepada sesiapa yang mengenali saya secara langsung ataupun tidak diatas segala kekhilafan pada diri saya...
Salam lebaran...



2 comments:

al_hakim said...

nanti puasa 6 turunlah berat badan tu kan.=)

ainunmata said...

aishh..puasa sebulan pun tk turun al_hakim..inikan pula puasa 6..:)

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...