Friday 26 August 2011

To Go List...

Alhamdulillah, dah selesai menghabiskan menulis , mengedit, print, dan binding tesis. Sekarang tiba masanya untuk memberi sokongan pada tunangan sendiri dan kawan-kawan lain supaya siapkan master. Chayok2..
Itu baru sahaja selesai siap draft, belum lagi untuk viva , correction, dan grad. Semoga dapat tempuh dengan tabah.

Malam semalam, sedih campur sayu. Semua orang dah balik kampung , balik untuk beraya.  Tinggal la saya, kak anim dan jannah, orang Johor yang stay lab kne siapkan kerja.  Sayu je dengar ...bile terdengar bunyi katak menyanyi. Eh katak, sebelum ni tk dengar pun yea kamu menyanyi.. Betapa lah takde orang kat lab sampai bunyi katak pun kedengaran. Mula lah kedengaran sayup2 suara masing-masing. "Lepas ni dah tak berpuasa sama-sama" . Aish..sedih...

So, sekarang ni kenalah buat  to go list ...sebab baru sekarang boleh melakukan aktiviti. Sebelum ni aktiviti pack dengan tesis, kerja ....Sedih ramadhan kali ni, sebab tak dapat nk pergi terawih...
Ramadhan yang tak berapa sempurna sebab tak dapat nak kumpulkan sebanyak mungkin pahala. Takpe, balik nanti dapat sempurnakan terawih.

Untuk to go list, perkara yang pertama yang nak dituju adalah
1. Balik rumah sendiri.
Tak sabar nak balik rumah, nak tolong mak buat kuih raya. Dah target nak buat kuih ape dah..
Nak tau kuihnye..tunggu yea..

2.Mencari baju raya
Of coz lah mencari baju raya.  Tahun ni bercadang nak cari baju raya berwarna biru.  Thanks to cik tunangan sebab bagi wang saku untuk beli baju raya.  Tahun ni cuma tak sempat mencari baju raya bersama-sama.  Bercadang nak cari baju raya kat First Lady. Kat ctu murah skit. (saya suka baju yang murah dan cantik).  Kalau tak ada pilihan, boleh cari kat pasar borong pandan ataupun kota tinggi. dua tempat tu adalah tempat yang meriah time dah nak raya ni..

3. Beraya ke rumah kawan
Kawan-kawan, wait yea...nanti saya berkunjung ke rumah anda semua (psstt, yang JB je yea)..

4. Pergi majlis tunangan ira azira.
Kawan saya dah nak tunang. congratz ira. nanti nak pergi yea..

5. Maen basikal
Haishh..tak sabarlah nak main basikal lipat cik tunangan ni.  Bile lah dapat naik...memang lepas ni kena naik.

Kalau senaraikan memang banyak.. tapi itulah yang diteringinkan...

No comments:

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...