Saturday 20 August 2011

Dugaan, Cobaan

Dugaan, Cobaan

Dalam tempoh Ramadhan ni terlalu banyak dugaan dan cobaan yang harus dilalui. 

Dugaan yang pertama : seharusnya nak menahan nafsu lapar. 
Untuk tahan lapar sememangnya mampu untuk dilakukan. Al-maklumlah, berat dah naik. memang sangat sakit hati sebab walaupun makan sikit, tapi berat tak turun-turun.  Bila makan kurang pun, ada lagi satu simptom yang terjadi pada diri saya iaitu kengantukan yang tak boleh nak handle.  Nak cakap banyak buat kerja, tak ada lah banyak pun. Nak kata letih pun tak. Tapi tak ada tenaga sampaikan nak tertido. Itu masa sahur. Belum lagi masa lepas berbuka.

Dugaan yang kedua : Penulisan 
penulisan apa yea? Penulisan cerpen, novel, sajak, bla..bla....Itu bukan jawapannya. Penulisan tesis!! Target dah banyak kali tak capai..Tak tau kenapa susah sangat nak capai target. Gara-gara mao ketiduran ketika menulis. Tolong lah mata bagi kerjasama. Ini adalah peluang untuk diri anda sendiri. (Bermonolog untuk diri sendiri.)

Dugaan yang ketiga : Berperang dengan emosi sendiri.
Dikala bulan yang dirahmati ni banyak pula emosi yang bertakung dalam diri.  Bertakung?? ke Menguasai??Tak kira lah!!nak guna bertakung jugak. sebab takung tu kiranya banyak tersimpan di dalam hati.  Boleh gitu..Emosi yang memerlukan kita menjaga hati orang disekeliling kita.. "Perlukah menjaga hati mereka?" Perlu, sebab kita hidup dikelilingi orang ramai. Bukannya kita hidup di hutan. Yup!!I made decision!! Saya bukan insan sempurna tapi cuba untuk menyempurnakan hidup insan lain. Mungkin keputusan ini adalah yang terbaik untuk semua.  

Cuma nya saya perlukan masa untuk selesaikannya satu persatu, Insya-Allah.
Lets counting!!!
Counting ape yea..
Counting tinggal lagi berapa hari lagi untuk kita mengejar pahala Ramadhan terutama skali 8/10 malam Lailatul Qadar.

Dalam sibuk-sibuk nak turunkan berat badan, sempatlah jugak terjumpa video ini,



okei..boleh cuba!! :p


No comments:

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...